
Ketua Wagner Group dikhuatiri maut dalam nahas pesawat peribadi
MOSCOW – Ketua Wagner Group, Yevgeny Prigozhin dikhuatiri maut apabila pesawat peribadi dinaikinya dilaporkan terhempas di wilayah Tver, pada Rabu.
Laporan media tempatan menyebut, turut berada dalam pesawat malang itu adalah komander kanan Wagner, Dmitry Utkin.
Difahamkan, pesawat jenis Embraer bernombor penerbangan RA-02795 itu membawa tiga anak kapal dan tujuh penumpang yang dalam perjalanan dari Moscow ke St. Petersburg, di utara ibu negara.
Agensi berita negara Rusia Ria Novosti melaporkan, ketika ini lapan mayat telah ditemukan di lokasi nahas.
Data penjejakan penerbangan yang disemak menunjukkan sebuah jet peribadi yang didaftarkan syarikat Wagner yang digunakan Prigozhin sebelum ini berlepas dari Moscow pada petang Rabu dan isyarat transpondernya hilang beberapa minit kemudian.
Dalam imej yang disiarkan oleh akaun media sosial Pro-Wagner menunjukkan serpihan terbakar, nombor ekor pesawat yang separa sepadan dengan jet peribadi milik syarikat Wagner.
Wagner Group merupakan kumpulan tentera upahan yang dikaitkan dengan Rusia dalam konflik di antara negara itu dengan Ukraine, dan turut terlibat dalam cubaan merampas kuasa daripada Presiden Vladimir Putin, dua bulan lepas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








