KESUMA lancar inisiatif sokong tenaga kerja negara 1 Mei nanti
Tangani impak krisis bekalan global
KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melancarkan siri inisiatif sokongan komprehensif pada 1 Mei ini bagi menangani impak krisis bekalan global terhadap pasaran buruh.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah proaktif itu dilaksana susulan trend membimbangkan dalam pasaran buruh negara yang menyaksikan 5,900 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan, Mac lalu.
“Inisiatif itu sekali gus bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja menerusi intervensi yang lebih dinamik.
“Ini termasuk, Penambahbaikan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global,” katanya dalam satu kenyataan sempena lawatan beliau ke Karnival Kerjaya Premium MyFutureJobs 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Penambahbaikan itu, tambah beliau, dijangka memberi manfaat menyeluruh kepada pekerja, meliputi perlindungan sosial dan akses lebih mudah kepada program latihan semula dan peningkatan kemahiran.
Usaha itu sekali gus bagi mempercepat proses penempatan semula pekerja ke sektor pekerjaan lebih stabil, sekaligus mengurangkan tekanan terhadap pasaran buruh negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







