BERITA SEMASA

Kes Zara Qairina: KPM arah Pengetua, warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan di JPN Sabah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah secara sementara bagi membantu urusan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut kenyataan KPM hari ini, langkah itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan sebelum ini, kes tersebut adalah keutamaan KPM pada masa ini,” katanya.

KPM turut menzahirkan harapan agar siasatan dapat dijalankan dengan telus demi keadilan buat keluarga mangsa serta semua pihak yang terlibat.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.

Kubur Zara Qairina digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, sebelum jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat dan dikebumikan semula Ahad lalu di lokasi sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button