JENAYAH & MAHKAMAH

Kes dua beranak maut dalam kebakaran di Sentul tiada unsur jenayah

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden kebakaran yang meragut nyawa dua beranak di sebuah rumah di Flat Sentul Utama, Jalan Datuk Senu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, hasil siasatan awal termasuk proses bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat kebakaran.

“Proses bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa selesai dijalankan dan setakat ini, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga emas bersama anak lelakinya maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Sentul.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 82 dan 58 tahun ditemukan sudah tidak bernyawa di dalam tandas rumah berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button