Kerajaan teliti cabaran industri pusat data, bekalan tenaga
KUALA LUMPUR – Pertumbuhan industri pusat data perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti dan memperkukuh ekonomi digital tanpa mengabaikan kelestarian tenaga, penggunaan air serta alam sekitar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang diteliti ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini.
“Antara cabaran industri berkenaan ialah kesiapsiagaan infrastruktur, bekalan tenaga dan kecekapan penggunaan sumber,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Beliau berkata, pertumbuhan industri pusat data perlu mengambil kira keperluan pembangunan ekonomi digital serta pemeliharaan alam sekitar bagi memastikan kelestarian dalam jangka panjang.
Mesyuarat itu turut meneliti Rangka Kerja Ekonomi Kitaran (RKEK) yang bertujuan memastikan sumber digunakan dengan lebih cekap, mengurangkan pembaziran serta menggalakkan penggunaan semula produk dan bahan selama mungkin sebelum menjadi sisa.
Anwar berkata, pelaksanaan rangka kerja berkenaan memerlukan penyelarasan berkesan antara sektor, kementerian dan agensi bagi memastikan pendekatan ekonomi kitaran dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mampan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








