Kerajaan sedia pinda Akta Orang Asli 1954, tingkatkan mobiliti sosial komuniti
PUTRAJAYA – Kerajaan komited memperkasa masyarakat Orang Asli dengan meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) selain melaksanakan beberapa pendekatan baharu demi meningkatkan mobiliti sosial dan mengembalikan hak komuniti berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu penting agar masyarakat Orang Asli dapat bersaing secara positif dalam bidang kerjaya, sekali gus mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain di negara ini.
“Banyak saya pelajari ketika melawat Orang Asli di New Zealand sebelum ini. Mereka berjaya mengembalikan hak komuniti sehingga memiliki industri tenusu, perladangan dan lain-lain yang dieksport ke luar negara.
“Insya-Allah, kita akan lakukan reformasi untuk masyarakat Orang Asli, bukan sahaja melalui pindaan Akta 134, tetapi juga dengan beberapa pendekatan baharu supaya taraf hidup mereka meningkat,” katanya pada sesi lisan di Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad berhubung sasaran meningkatkan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) susulan tiada pelantikan tetap membabitkan komuniti itu pada tahun 2023.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








