BERITA SEMASA

Kerajaan peruntuk RM200 juta bantuan segera tambah baik kemudahan SAR

PUTRAJAYA – Peruntukan segera sebanyak RM200 juta disediakan bagi menambah baik kemudahan Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah tahfiz dan institusi berkaitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu disediakan susulan laporan keadaan sekolah-sekolah tersebut yang disifatkan antara paling daif di negara ini.

Walaupun SAR tidak berada di bawah skim Dasar Pendidikan Kebangsaan, Anwar berkata, hakikatnya lebih 300,000 pelajar sedang menuntut di sekolah-sekolah berkenaan dan tidak boleh terus dipinggirkan.

“Dulu semua bantuan kepada sekolah agama rakyat ini dibatalkan sama sekali. Keadaan itu sebenarnya mendera anak-anak kita,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, kerajaan mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya bekerjasama rapat dengan SAR bagi menambah baik kurikulum, mutu pembelajaran serta tahap profesionalisme guru melalui latihan yang lebih tersusun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button