
Kerajaan negeri berhasrat luaskan inisiatif Pusat ANIS ke semua PBT
SHAH ALAM – Kerajaan negeri berhasrat mempeluaskan inisiatif Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (ANIS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam Selangor.
Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan mengenai cadangan itu, yang antara lain tujuannya bagi mengurangkan kesesakan di pustat sedia ada.
“Pusat ANIS sedia ada mampu menempatkan sekitar 120 pelajar tetapi yang memohon untuk masuk adalah 600 orang.
“Intervensi perlukan tempat, kita tidak boleh sekadar memenuhi hasrat dan padatkan pusat sedia ada kerana ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi,” katanya kepada portal Selangorkini.
Anfaal berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Prasekolah ANIS di Seksyen 7, di sini semalam.
Beliau turut menambah, pihaknya turut berhasrat memperkenal pusat intervensi bergerak bagi memudahkan akses kepada bantuan ANIS.
“Tahun ini kami rancang untuk wujudkan pusat intervensi bergerak supaya program ini dapat diakses oleh mereka yang berada di pinggir bandar dan kami akan melihat peruntukan sedia ada untuk memulakan rancangan ini,” katanya lagi.
Pusat ANIS merupakan bantuan disediakan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan murid-murid bekeperluan khas mendapat peluang dan kemudahan pendidikan.
Dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari November lalu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta bagi meneruskan Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








