BERITA SEMASA

Kerajaan MADANI perkukuh keterjaminan tenaga negara menerusi kerjasama Rusia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, hari ini mengadakan perbincangan dua hala bagi memperkukuh kerjasama strategik, dengan tumpuan khusus diberikan kepada sektor tenaga sebagai pemacu utama hubungan ekonomi kedua-dua negara.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, kedua-dua pemimpin turut menyentuh usaha memperluas kerjasama ekonomi termasuk menghargai ketetapan Persekutuan Rusia memberikan kerjasama jangka panjang dalam aspek bekalan tenaga dan minyak.

“Mereka juga bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi baharu, keselamatan siber, digital, kecerdasan buatan (AI), pertanian moden dan farmaseutikal,” menurut kenyataan itu.

Perbincangan turut merangkumi usaha memudah cara pergerakan rakyat melalui pemansuhan visa, serta penerokaan mekanisme bagi memperluas perdagangan dan pelaburan dua hala menggunakan mata wang tempatan (Ringgit dan Ruble).

Justeru, Kerajaan MADANI komited melaksanakan langkah strategik dan proaktif bagi memperkukuh keterjaminan tenaga negara melalui kerjasama antarabangsa.

Langkah ini sekali gus dijangka mampu menjamin kestabilan serta daya tahan bekalan tenaga demi kepentingan rakyat dan kemakmuran ekonomi negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button