BERITA SEMASA

Kerajaan dijangka jana hasil tambahan RM3.45 bilion.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka menerima tambahan hasil berjumlah RM3.45 bilion hasil daripada berdasarkan peningkatan kadar cukai perkhidmatan yang telah berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.

Menerusi jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan berkaitan, Kerajaan Persekutuan akan memperoleh hasil tambahan dengan peluasan skop cukai perkhidmatan dan perubahan kadar daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Selain itu, kementerian turut memaklumkan bahawa hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2024 dijangka meningkat kepada RM312.159 bilion.

Kenaikan hasil cukai perkhidmatan diharapkan akan memberi sumbangan yang signifikan kepada kesejahteraan negara serta dapat memberi manfaat kepada pelbagai inisiatif pembangunan dan kemajuan ekonomi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button