Kembar baru lahir terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
GAZA – Kembar yang baru lahir dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza ketika bapa mereka berada di pejabat kerajaan untuk mendaftarkan kelahiran mereka.
Asser, bayi lelaki dan Ayssel, bayi perempuan, yang baru berusia empat hari ketika bapa mereka Mohammed Abu al-Qumsan pergi untuk mengambil sijil kelahiran mereka.
Semasa Mohammed Abu keluar mendapatkan sijil kelahiran bayinya itu, jirannya menelefon mengatakan rumah mereka di Deir al Balah telah dibom.
Serangan itu turut membunuh isterinya dan nenek kembar itu.
“Saya berada di hospital pada masa itu apabila rumah menjadi sasaran serangan Israel. Ada panggilan, selepas sijil kelahiran dicetak, mengatakan anak saya sudah tiada.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya tidak sempat pun untuk meraikan mereka,” katanya yang mengalirkan air mata tanpa henti.
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan lebih 115 bayi telah dilahirkan dan kemudian dibunuh semasa perang.
Israel tidak menghentikan serangan di Gaza walaupun rundingan gencatan senjata bermula hari ini, malah serangan terhadap premis awam terutama sekolah, dilaporkan meningkat.
Puluhan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh wilayah Palestin akibat serangan udara Israel di Kota Hamad manakala di Khan Younis, kereta kebal meletupkan bangunan kediaman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








