BERITA SEMASA

Kehadiran Trump perkukuh hubungan ASEAN–Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, tiba di Malaysia hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN–Amerika Syarikat ke-13, lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak dilantik ke jawatan Presiden pada Januari 2025.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, kehadiran Trump memberi ruang penting kepada ASEAN untuk menyampaikan pendirian bersama mengenai pelbagai isu serantau dan global termasuk keamanan, perdagangan, tenaga serta situasi di Asia Pasifik dan Gaza.

“Perdana Menteri turut mengambil kesempatan untuk mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia–AS serta menyeru kerjasama yang lebih seimbang dan saling menghormati,” katanya pada taklimat media Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

Trump disambut secara rasmi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLCC sebelum kedua-dua pemimpin menyertai sesi khas ASEAN–Amerika Syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button