LUAR NEGARA

Kebakaran kapal kargo di China ragut 25 nyawa

BEIJING – Sekurang-kurangnya 25 orang maut selepas sebuah kapal kargo berbendera asing terbakar ketika berlabuh di hab perkapalan Qingdao, timur China, semalam.

Menurut agensi berita tempatan CCTV, kapal berkenaan membawa 42 orang ketika insiden berlaku.

Seramai 17 individu berjaya dipindahkan dari kapal itu, namun lima daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan.

CCTV melaporkan, kesemua 25 individu yang sebelum ini dilaporkan hilang berjaya ditemui menjelang petang semalam, namun tiada seorang pun daripada mereka menunjukkan tanda-tanda masih hidup.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.30 petang waktu tempatan.

Terdahulu, agensi berita Xinhua melaporkan, kebakaran dipercayai tercetus pada pukul 11.15 pagi ketika kapal berkenaan berada di pelabuhan bagi menjalani kerja-kerja penyelenggaraan.

Bagaimanapun, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan faktor yang menyebabkan kejadian.

Seorang penduduk di kawasan perumahan berhampiran memberitahu agensi berita antarabangsa, AFP bahawa dia melihat kepulan asap tebal keluar dari kapal berkenaan ketika kebakaran berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button