BERITA SEMASAPMX

Keamanan kunci kecemerlangan pelancongan Malaysia – Anwar

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu terus mempertahankan kesepaduan dan keamanan tanpa mengira kaum atau agama supaya industri pelancongan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa.

15Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keunikan Malaysia yang dihuni pelbagai kaum dan agama yang hidup aman bukan sahaja memperkukuh identiti negara, malah menjadikan Malaysia destinasi pelancongan yang dihormati di peringkat antarabangsa.

“Industri pelancongan berkembang kerana negara ini aman.

“Ia berjaya kerana semua kaum menyumbang kepada kekuatan budaya dan seni kita, dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak. Ini sesuatu yang mesti kita banggakan dan pertahankan,” katanya memetik laporan BH Online.

Beliau turut menegaskan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang merangkumi semua kaum termasuk Melayu, Cina, India serta masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“We are proud Malaysians. We are a great nation. Jangan lupa, kita juga menghasilkan pemenang anugerah Oscar pertama dari Asia,” katanya merujuk kepada pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Inovasi Pencahayaan Ke Arah Kelestarian Bandar ‘I LITE U’ di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

‘I LITE U’ merupakan inisiatif strategik bagi memperindahkan landskap bandar dan meningkatkan daya tarikan pelancongan Kuala Lumpur menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, dengan sasaran 28 juta ketibaan pelancong dan penjanaan pendapatan RM76 bilion.

Bukit Bintang dipilih sebagai lokasi perintis kerana kedudukannya sebagai nadi pelancongan, budaya dan ekonomi ibu negara.

Projek itu merangkumi empat komponen utama iaitu pencahayaan pintu gerbang ikonik, Arca Tahun Melawat Malaysia 2026 serta penaiktarafan lintasan pejalan kaki sedia ada dan baharu bagi meningkatkan keselamatan, keselesaan dan pengalaman pelawat, khususnya pada waktu malam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button