
KBS sasar anjur lebih banyak program kesukanan untuk wanita
KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan lebih banyak golongan wanita di negara ini yang aktif bersukan sekali gus meningkatkan tahap kesihatan mereka.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS akan terus menggerakkan golongan wanita dalam membudayakan gaya hidup sihat dengan bersenam.
“Kita kena gerakkan populasi wanita termasuk wanita yang telah bersara, umur macam saya, menuju 50 dan 60 tahun untuk terus bersukan,” katanya dalam catatan ringkas di Facebooknya hari ini.
Hannah berkata, sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa kali ini, KBS telah melancarkan video garis panduan Kod Sukan Selamat dengan penampilan Farah Ann Abdul Hadi sebagai ikon.
Selain itu katanya, penglibatan wanita dalam lembaga agensi-agensi di bawah KBS meningkat daripada 19 peratus pada tahun 2022 kepada 30.6 peratus pada tahun ini.
“Terima kasih kepada barisan pimpinan KBS yang sentiasa menyokong usaha pemerkasaan wanita,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








