BERITA SEMASA

KBS anjur Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi Sabtu ini

Dedahkan golongan belia mengenai prinsip demokrasi dan nilai kenegaraan

PUTRAJAYA – Penganjuran Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi pada Sabtu ini adalah bagi mendedahkan golongan belia mengenai prinsip demokrasi dan nilai kenegaraan.

Program yang julung kali dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di Menara KBS di sini dengan sasaran antara 1,000 hingga 2,000 pengunjung, khususnya pelajar universiti dan sekolah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, projek rintis itu turut dilaksanakan dengan tujuan mengetengahkan elemen Rakan Demokrasi, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik dan Rakan Niaga.

“Kita berhasrat untuk kembangkan (program) ke negeri lain… dan secara berkala, kita akan bawa tema yang berbeza, contohnya tema sekarang ialah demokrasi. Kita akan melaksanakan program berkaitan sukan, kesihatan mental, keusahawanan dan sebagainya,” kata Adam Adli pada satu sidang akhbar mengenai acara berkenaan, di sini hari ini.

Kesemua elemen yang diketengahkan itu merupakan antara 10 inisiatif Rakan Muda yang diperkenalkan pada Jun lepas, selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda hari ini.

Menurut Adam Adli, pesta tersebut juga sebahagian daripada mekanisme sosialisasi KBS dalam membudayakan golongan belia dan melibatkan mereka dalam program berpaksikan penghayatan nilai murni.

Program itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap kekayaan budaya, sejarah, seni dan identiti negara, pada masa sama mendorong minat belia untuk mendalami bidang kesusasteraan serta seni.

@malaysiatribune

@kbsmalaysia akan menganjurkan Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi pada Sabtu ini di Menara KBS, Putrajaya Program yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai prinsip demokrasi dan nilai kenegaraan. #rakanmuda #belia #adamadli #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Antara pengisian pesta itu termasuk kelas demokrasi, forum berkaitan perjuangan wanita dan kemerdekaan, jualan keusahawanan belia dan pameran seni visual, dana akan turut menampilkan persembahan beberapa personaliti tanah air.

Maklumat lanjut mengenai Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi boleh didapati di pautan Rakan Muda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button