BERITA SEMASA

Kaukus parlimen bahas implikasi perjanjian perdagangan Malaysia–AS

KUALA LUMPUR – Kaukus Parlimen 2025 yang pertama akan bersidang pada Khamis ini bagi membincangkan implikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia–Amerika Syarikat (ART) yang dimeterai pada 26 Oktober lalu.

Menurut kenyataan Parlimen Malaysia, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN–Paya Besar) dan memberi fokus terhadap kesan perubahan dasar perdagangan Amerika Syarikat terhadap aliran perdagangan global serta impaknya kepada Malaysia.

“Kaukus ini ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan Ahli Parlimen dan masyarakat mengenai kesan langsung dan tidak langsung tarif timbal balik ke atas Malaysia.

“Ia juga berperanan memantau perkembangan dasar perdagangan AS, khususnya melibatkan tarif terhadap eksport negara, serta mencadangkan langkah sesuai bagi melindungi kepentingan nasional,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kaukus Parlimen mengenai pelaksanaan tarif timbal balik AS itu ditubuhkan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025 sebagai platform dwipartisan bagi membolehkan Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang memberi input kepada kerajaan dalam merangka strategi perdagangan yang lebih komprehensif.

Keanggotaan kaukus melibatkan wakil rakyat kedua-dua blok, dengan ahli blok kerajaan dipilih oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), manakala ahli blok pembangkang ditentukan oleh Ketua Pembangkang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button