BERITA SEMASA

Kanak-kanak nyaris terperangkap selepas terjatuh dalam lubang tidak ditutup rapat

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam sebuah lubang yang didakwa tidak ditutup dengan sempurna di sebuah taman perumahan di Kuantan, Pahang sebelum berjaya diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Kejadian itu tular selepas seorang pengguna Threads, @Elyyasmeen berkongsi video dan gambar insiden berkenaan yang disaksikannya bersama suami ketika melalui kawasan tersebut.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas sehingga mencetuskan panik apabila kanak-kanak berkenaan dilihat tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang yang dikatakan agak dalam.

“Tengah lalu sini, nampak budak ni termasuk lubang ni depan mata. Ya Allah dah la masa tu tak ada orang. Budak tu sempat cakap, ‘tolong, tolong’.

“Ya Allah dik, berdebar kita, dalam gila tau lubang tu. Sebaik adik tu sempat berpaut sikit, suami saya sempat tarik ke atas.

“Memang masa masuk lorong tu, tengok adik tu tiba-tiba dia pusing je belakang, sapppp… dia masuk dalam lubang tu. Kelam kabut suami tarik brek tangan, keluar (kereta) nak tarik dia. Berdebar gila dengan kita pun menggeletar,” katanya.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang melahirkan rasa syukur kanak-kanak itu berjaya diselamatkan, selain mengecam pihak bertanggungjawab kerana didakwa gagal memastikan lubang berkenaan ditutup dengan selamat.

“Allahuakbar, rezeki adik tu waktu terjatuh ada orang nampak dan boleh tolong. Bayangkan jika tiada sesiapa kat situ,” komen seorang pengguna, @Tehawohooooo.

“Allah, kalau tak nampak masa jatuh ni, memang hilang terus agaknya. Sebab orang takkan dengar pun kat bawah tu,” komen @Durian.cheese.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button