BERITA SEMASA

Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 24 kondominium di Bukit Belah

BAYAN LEPAS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 24 sebuah unit kediaman di Kondominium Platinum III, Bukit Belah, dalam kejadian awal pagi tadi.

Difahamkan mangsa yang merupakan kanak-kanak berbangsa Melayu, dipercayai terjatuh dari kediamannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz yang berada di lokasi berkata, pihak berkuasa bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan bagi menjalankan siasatan dan menguruskan kejadian.

“Saya tiba sekitar jam 12.15 tengah malam dan berada di situ sehingga kira-kira jam 2 pagi bagi menghulurkan bantuan setakat yang termampu,” katanya.

Difahamkan, setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button