‘Rasa macam baru kahwin semalam’ – Isteri Faisal Halim
KUALA LUMPUR – Pemain Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim, memberi bayangan rumah tangganya kembali harmoni apabila memuat naik gambar mesra bersama keluarga.
Perkongsian di InstaStory itu memperlihatkan Faisal memeluk erat isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri, serta anak lelaki mereka, Khalish Aryan, dengan lagu Sayang Sampai Mati dendangan Repvblik dijadikan latar.
Faisal turut menulis ucapan ringkas “Alhamdulillah” pada perkongsian berkenaan, manakala Nur Syazwani memuat naik semula gambar sama di InstaStory miliknya.
“Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga. Sayang awak Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semula,” tulisnya.
Sebelum ini, Nur Syazwani pernah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.
Perkongsian tersebut memberi bayangan badai rumah tangga pasangan berkenaan sudah berlalu dan hubungan mereka kembali utuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







