Piala FA: Faisal Halim ledak dua gol bantu Selangor FC atasi Malaysian University 3-1
PETALING JAYA – Aksi pembukaan pusingan 16 Piala FA menyaksikan Selangor FC bermula garang apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas Malaysian University dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, petang tadi.
Dalam perlawanan tersebut, tonggak utama The Red Giants, Faisal Halim yang turun selaku kapten berjaya meledak dua jaringan, manakala satu lagi gol disumbangkan oleh Alvin Fortes – kesemuanya terhasil pada separuh masa pertama.
Menampilkan ramai pemain muda dalam kesebelasan utama, Selangor tidak menunggu lama apabila hanya memerlukan empat minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Faisal.
Skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi terus menambah tekanan apabila Fortes menyempurnakan umpanan Omid Musawi untuk gol kedua perlawanan pada minit ke-24.
Noor Al-Rawabdeh yang sebelum ini mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL), membuktikan kemampuannya dengan mencipta hantaran berkualiti untuk disudahkan Faisal pada minit ke-44.
Malaysian University memperoleh jaringan saguhati pada minit ke-83 menerusi Muhammad Aiman Danial Che Ramlan.
Kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu sekali lagi pada 13 September ini di stadium yang sama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








