Kadar gaji pertengahan Malaysia dikesan meningkat kepada RM2,745 sebulan – Rafizi
KUALA LUMPUR – Kadar gaji pertengahan atau gaji median di Malaysia dikesan meningkat daripada RM2,600 kepada RM2,745 sebulan, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Menurut Rafizi, peningkatan gaji berkenaan berlaku antara Jun 2023 hingga Jun lalu, yang merangkumi 6.73 juta pekerja formal.
Jelas beliau, jumlah pekerja negara ini yang bergaji di bawah RM2,000 sebulan berkurangan daripada 34.8 peratus daripada jumlah pekerja pada Jun tahun lalu kepada hanya 32.2 peratus, Jun lalu.
“Jumlah pekerja dengan gaji antara RM2,000 ke RM5,000 pula meningkat daripada 42.7 peratus daripada jumlah pekerja pada Jun tahun lalu kepada 43.8 peratus, Jun tahun ini.
“Jumlah pekerja bergaji melebihi RM5,000 juga meningkat daripada 22.5 peratus daripada jumlah pekerja pada Jun tahun lalu kepada 24 peratus, Jun tahun ini.
“Pertumbuhan gaji ini, sekali gus mendukung hasrat kerajaan menganjakkan gaji median menjadi lebih tinggi setiap tahun supaya gaji setiap isi rumah menjadi lebih baik,” katanya dalam satu hantaran video yang dimuat naik di media sosial miliknya, semalam.
Beliau berkata demikian selepas sering diajukan soalan mengenai bilakah gaji sektor swasta akan naik susulan gaji penjawat awam sudah dinaikkan.
Rafizi menjelaskan, antara keputusan pertamanya sebagai Menteri Ekonomi adalah meminta Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan laporan gaji pekerja formal setiap tiga bulan sekali.
@malaysiatribune Kadar gaji pertengahan atau gaji median di negara ini meningkat daripada RM2,600 kepada RM2,745 sebulan. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata peningkatan gaji berkenaan dikesan berlaku antara Jun 2023 hingga Jun lalu. Video – X Rafizi Ramli #malaysiatribune
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








