BERITA SEMASA

Julina Johan dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA – Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) memaklumkan Julina Johan telah dilantik sebagai sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Japen dalam satu kenyataan hari ini berkata, Juliana, 53, memulakan karier sebagai penjawat awam pada tahun 1996 dan merupakan Ketua Pengarah yang ke-19 dan wanita kedua yang dilantik menerajui Japen sejak penubuhannya pada tahun 1945.

Justeru itu, pihaknya yakin, beliau mampu memperkasakan tatakelola serta meneruskan kecemerlangan Japen berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau.

“Pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat daripada Universiti Putra Malaysia ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam kerajaan dan komunikasi strategik,

“Beliau sebelum ini telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Japen pada tahun 2023.

“Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan Malaysia serta Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Muhammad Fauzi Md Isa menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut.

“Tahniah kepada Julina Johan atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia berkuat kuasa hari ini

“Semoga Japen akan terus menjadi peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa seiring dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya di Facebook miliknya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button