BERITA SEMASADALAM NEGERI

JU C-HAT bentuk generasi sihat tangani obesiti kanak-kanak dan remaja

KUALA LUMPUR – Konvensyen Jurulatih Utama Cara Hidup Anda Terbaik (JU C-HAT) Peringkat Kebangsaan 2025 menjadi platform penting dalam usaha memerangi isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sekolah.

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, konvensyen itu menghimpunkan seramai 150 peserta yang terdiri daripada jurulatih, guru dan ibu bapa dalam memperkasa pelaksanaan intervensi pemakanan sihat dan gaya hidup aktif di sekolah.

Seramai 150 peserta terdiri dariapada jurulatih, ibu bapa, guru dan pelajar menyertai Konvensyen JU C-HAT ini.

“Saya berharap agar kita semua menggembleng tenaga dan usaha untuk mengangkat permasalahan ini sebagai satu agenda utama yang diberi perhatian serius,” tegas beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup di Temu Jelatek The Event Space, di sini semalam.

Antara inisiatif utama yang diketengahkan dalam program itu termasuklah pemerkasaan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melalui Program Cara Hidup Anda Terbaik (C-HAT), pelantikan PIBG, komuniti dan sektor swasta sebagai Jurulatih Utama (JU) sukarelawan di sekolah dan penglibatan aktif Persatuan CAKNA Sihat Malaysia dalam menjayakan agenda amalan pemakanan sihat di peringkat sekolah.

Dalam majlis sama, Anugerah JU Terbaik turut disampaikan sebagai penghargaan kepada para jurulatih yang menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Konvensyen ini menjadi bukti komitmen berterusan pelbagai pihak dalam membentuk generasi sihat dan berdaya tahan.

Sementara itu, Anugerah Sekolah Contoh Intervensi Sihat diberikan kepada sekolah yang berjaya mencapai sasaran pengurangan berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (BMI) murid melalui Projek Intervensi Obesiti (C-HAT).

Turut hadir Ketua Polisi Sosial UNICEF Malaysia, Dr. Juanita Vasquez Escallon; Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, mewakili Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norsiah Ali dan Pengerusi Persatuan CAKNA Sihat Malaysia, Zaimah Abdul Karim.

Konvensyen itu menjadi bukti komitmen berterusan pelbagai pihak dalam membentuk generasi sihat dan berdaya tahan, selari dengan matlamat nasional untuk menurunkan kadar obesiti dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button