JPNS siasat dakwaan sekolah tahan sijil SPM pelajar tidak lunaskan yuran PIBG
SEREMBAN – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang menyiasat dakwaan penahanan sijil seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah di Senawang susulan tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seperti yang tular di meia sosial, baru-baru ini.
Pengarah JPNS, Khalidah Omar berkata, ini kerana sumbangan PIBG adalah bersifat sukarela dan tidak boleh dijadikan syarat dalam sebarang urusan melibatkan murid.
“JPNS mengambil maklum berhubung kandungan tular di platform TikTok berkaitan dakwaan penahanan sijil seorang pelajar.
“Kita memandang serius perkara ini dan telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut menegaskan, pihak sekolah tidak dibenarkan menahan sijil atau dokumen rasmi murid atas alasan kegagalan membuat sumbangan PIBG.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan.
“JPNNS akan terus memperkukuh aspek pemantauan dan memberi peringatan kepada semua pentadbir sekolah agar sentiasa mematuhi garis panduan serta peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kebajikan dan kepentingan murid sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan aspirasi sistem pendidikan yang adil, inklusif dan berfokuskan kesejahteraan murid,” katanya lagi
Sebelum ini tular di media sosial mengenai dakwaan seorang individu yang mendakwa adik sepupunya berjaya memperoleh keputusan 9A namun sijil SPM miliknya ditahan pihak sekolah kerana kegagalannya menjejaskan yuran PIBG.
Individu itu mendakwa, adik sepupunya yang bersekolah di sebuah sekolah di Senawang hanya menerima sampul kosong tanpa sijil rasmi ketika dipanggil ke atas pentas sempena majlis anugerah.
Jelasnya, hadiah wang tunai berjumlah RM250 daripada pihak sekolah turut ditahan sementara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







