JPN Selangor sedia sokongan psikososial susulan kematian guru di Hulu Selangor
SHAH ALAM – Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menyediakan khidmat sokongan psikososial kepada warga sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor susulan kejadian seorang gurunya ditemukan meninggal dunia, pagi semalam.
JPN Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerjasama penuh turut diberikan terhadap siasatan pihak polis.
BACA JUGA:
Guru wanita ditemukan meninggal dunia di sekolah
Pada masa sama, pihaknya memberi jaminan tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan bantuan terbaik kepada keluarga mangsa.
“Masyarakat diseru menghormati privasi keluarga dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang turut boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.
“Kami berdukacita dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga guru terbabit. Semoga diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” katanya, hari ini.
Laporan media sebelum ini meyebut, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pukul 7.15 pagi semalam berhubung kejadian itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M. Manimaran, mangsa yang dipercayai dalam lingkungan 30-an, kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di bilik guru yang terletak di tingkat satu sekolah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















