BERITA SEMASA

JPN Johor tidak berkompromi kes salah laku seksual, seru siasatan profesional pihak berkuasa

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN Johor) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan bawah kelolaannya susulan dakwaan melibatkan seorang guru di sebuah sekolah di negeri itu yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan hari ini, JPN Johor berkata, beberapa laporan polis telah dibuat termasuk oleh pihak sekolah sekali gus membawa kepada penahanan reman guru terbabit bagi membantu siasatan.

“JPN Johor menyeru pihak polis untuk menjalankan siasatan yang profesional dan menyeluruh berhubung kes ini supaya tindakan undang-undang boleh diambil jika dibuktikan bersalah.

“Sepanjang proses siasatan dijalankan, guru terbabit akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Pada masa sama, JPN Johor memaklumkan pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan murid yang menjadi mangsa terus dilindungi.

JPN Johor turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah melibatkan kes salah laku seksual.

Orang ramai yang berdepan situasi sama juga dinasihatkan supaya membuat laporan polis dan tidak menarik semula laporan berkenaan bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya dijalankan pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button