
JKNJ rampas produk vape berbentuk permainan, makanan
JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihaten Negeri Johor (JKNJ) berjaya merampas 989 produk vape atau rokok elektronik bernilai RM34,158 termasuk yang berbentuk permainan serta makanan.
Pengarah Kesihatan Johor, Dr Mohtar Pungut berkata, rampasan tersebut merupakan hasil Operasi Khas Vape Negeri Johor selama dua hari bermula kelmarin.
Tambahnya, sepanjang operasi tersebut, sebanyak 11 notis kesalahan dikeluarkan mengikut Seksyen 47 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852).
“Di Johor, penjualan vape di premis perniagaan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah dilarang di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan
Perindustrian, sekali gus menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang melanggarnya.
“JKNI menggesa pemilik premis dan pengusaha perniagaan supaya tidak menjual vape di Johor terutamanya yang berbentuk permainan dan makanan,” katanya.
Beliau menambah, pihaknya akan terus melaksanakan operasi sedemikian selaras dengan penguatkuasaan Akta 852 bermula 1 Okt lepas.
“Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap larangan promosi, pengiklanan, dan pembungkusan serta pelabelan bahan merokok jenis pod pakai buang yang berbentuk permainan dan makanan,” katanya lagi.
Sehingga kini, jelas Dr Mohtar, lebih daripada 6,097 premis telah diperiksa dan sejunlah 1,021 notis kesalahan telahd ikeluarkan bagi pelbagai kesalahan yang boleh dikompaun.
“JKNJ memandang serius kesan negatif akibat amalan merokok[yang semakin berleluasa, termasuk promosi tidak beretika dengan menyasarkan golongan kanak-kanak dan remaja,”k atanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







