Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat setakat pukul 8 pagi
KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8 pagi ini, dengan Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu IPD Serian dengan 182, diikuti Samarahan (168) dan Sri Aman (164).
Di Johor pula, Larkin mencatatkan bacaan IPU 162, manakala Pasir Gudang merekodkan 155.
Putrajaya, Nilai di Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Johor masing-masing merekodkan bacaan 154.
Sementara itu, dua kawasan di Selangor turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Shah Alam dengan 153 dan Johan Setia (127).
Di Kuala Lumpur, Cheras menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 133.
Dalam pada itu, sebanyak 41 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur dan Miri, Sarawak yang masing-masing merekodkan bacaan 99, manakala Politeknik Kota Kinabalu mencatatkan 98.
Lima kawasan pula merekodkan kualiti udara pada tahap baik, termasuk Tanah Merah, Kelantan dengan bacaan 47, Sungai Petani, Kedah (41) dan Alor Setar, Kedah (35).
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan 301 dan ke atas dikategorikan sebagai berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








