Jasad ditemukan tertanam di belakang rumah dipercayai wanita hilang di Ampang
REMBAU – Jasad yang ditemukan di luar sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, petang tadi dipercayai milik seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang di Ampang, Selangor.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal mendapati jasad berkenaan ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam.
“Pada 15 Disember, satu laporan polis berhubung kehilangan seorang wanita diterima di Balai Polis Ampang, diikuti maklumat lanjut yang dilaporkan kepada Balai Polis Pedas.
“Susulan itu, polis pergi ke sebuah rumah di Jalan Pedas–Linggi dan menemukan unsur-unsur jenayah di bahagian belakang rumah berkenaan,” katanya, hari ini.
Alzafny menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Bedah siasat akan dijalankan esok. Polis kini sedang menjalankan siasatan dan berusaha mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya lagi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di 06-6852222.
Semalam, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




















