JAS ambil tindakan pembakaran terbuka di Tangga Batu
MELAKA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan terhadap kegiatan pembakaran terbuka longgokan kayu di kawasan belukar sekitar Tangga Batu selepas menerima aduan orang awam bulan lalu.
JAS berkata, siasatan yang dijalankan di lokasi mendapati terdapat longgokan kayu bersaiz besar dipercayai hasil aktiviti pembersihan tanah yang masih berasap dan belum dipadam sepenuhnya.
“Susulan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik tanah terlibat mengikut Seksyen 29A, selain pengeluaran Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu, pemantauan rapi akan terus dilaksanakan bagi memastikan aktiviti sama tidak berulang pada masa akan datang.
“JAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan pembakaran terbuka kerana ia boleh menjejaskan kualiti udara dan alam sekitar,” katanya lagi.
Sehubungan itu, orang ramai digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti pencemaran bagi membolehkan tindakan segera diambil.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








