BERITA SEMASA

Tawaran tanpa saluran, prosedur ditetapkan dikira tidak sah -JAS

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi amaran bahawa sebarang surat atau dokumen yang menggunakan nama, jawatan atau maklumat pegawainya bagi urusan rasmi tanpa melalui saluran dan prosedur ditetapkan adalah tidak sah serta tidak diiktiraf jabatan.

JAS berkata, penegasan itu dibuat susulan isu penyalahgunaan nama jabatan serta identiti pegawainya yang tular di media sosial dan dilaporkan media, termasuk bagi tujuan tempahan dan urusan perolehan di Kuala Lumpur.

ā€œJAS tidak membenarkan sebarang penggunaan nama, jawatan atau maklumat pegawai jabatan tanpa kebenaran kerana boleh mengelirukan orang awam dan pihak berkepentingan serta menjejaskan kredibiliti dan integriti jabatan,ā€ menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, JAS menafikan sekeras-kerasnya pembabitan jabatan atau pegawainya dalam sebarang urusan tempahan, pembelian, pelantikan vendor atau transaksi perolehan yang dilakukan pihak tertentu menggunakan nama, jawatan atau identiti pegawai jabatan.

Menurut JAS, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan sudah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

JAS turut memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan serta memastikan perkara itu ditangani mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

ā€œSegala urusan rasmi jabatan, termasuk urusan perolehan dan pelantikan vendor, hendaklah dilaksanakan mengikut tatacara, prosedur dan saluran rasmi yang ditetapkan.

ā€œMana-mana pihak yang mempunyai keraguan mengenai kesahihan sesuatu surat atau dokumen yang menggunakan nama JAS dinasihatkan mendapatkan pengesahan terus daripada jabatan melalui saluran rasmi,ā€ menurut kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button