BERITA SEMASADALAM NEGERI

Jari kaki Guan Eng terkehel akibat tersepak bucu katil

GEORGETOWN – Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta selepas mengalami kecederaan pada jari kaki akibat tersepak hujung katil di rumahnya, pagi tadi.

Bekas Menteri Kewangan itu berkongsi kejadian malang tersebut menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan jari kakInya terkehel dan terpaksa menjalani prosedur bius setempat bagi membetulkan kedudukannya semula.

“Selesai menjalani prosedur ‘local anaesthetic’ (bius setempat) untuk memperbetulkan jari kaki keempat saya yang terkehel (dislocated) susulan terlanggar di hujung katil pagi tadi.

“Syukur kepada Tuhan kerana keluarga saya menggesa supaya saya mendapatkan rawatan segera,” tulisnya.

Imbasan X-ray jari kaki Guan Eng yang terkehel selepas tersepak bucu katil pagi tadi.

Beliau sempat merakamkan penghargaan kepada Pakar Ortopedik Hospital Penang Island, Datuk Dr Oh Kim Soon, yang sudi merawatnya meskipun sedang bercuti sempena Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, hantaran ahli politik berusia 63 tahun itu mendapat perhatian ramai dengan lebih 8,700 reaksi, 2,000 komen dan dikongsi lebih 109 kali.

Rata-rata netizen, termasuk Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, serta Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Ramkarpal Singh, meninggalkan komen mendoakan agar beliau cepat sembuh.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button