BERITA SEMASA

Jangan ajak orang buat maksiat di Johor

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menganjurkan sebarang program tidak bermoral dan mendorong orang ramai melakukan maksiat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid turut memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mencegah dan menghalang kegiatan itu daripada berlaku di Johor.

Kata Mohd Fared, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Saya bagi amaran! Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu cegah dan halang kegiatan tak bermoral ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Amaran itu dikeluarkan susulan tular sebuah poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang dijadual diadakan di Johor Bahru pada 20 Jun depan dari 4 petang hingga 9 malam dan program tersebut dikatakan terbuka untuk semua kaum namun tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video.

Pada Disember tahun lepas, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel di bandar raya ini selepas menerima aduan orang awam selepas jemputan ke parti tertutup itu tular melalui media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button