BERITA SEMASA

JAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Don

SHAH ALAM – Tauliah mengajar pendakwah bebas Don Daniyal Don Biyajiddi di Selangor ditarik balik.

Keputusan itu dimaklumkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, JAIS menarik balik tauliah mengajar pendakwah bebas yang lebih dikenali sebagai Ustaz Don itu menerusi keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bil.1/2024 pada 24 Julai lalu.

“Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dibuat berdasarkan kuasa jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, katanya, surat penarikan tauliah mengajar tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 31 Julai lalu.

“Ustaz Don diberikan tempoh 14 hari untuk merayu berkuat kuasa daripada surat penarikan tauliah diterima,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button