POLITIK
Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan
KUALA PILAH – Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.
Menurut laporan RTM, istiadat mengangkat sumpah itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti di sini kira-kira pukul 11 pagi.
Ismail, 67, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, dipilih selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 semalam.
Keputusan PRN Negeri Sembilan menyaksikan Barisan Nasional (BN) memperoleh 18 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi 11 kerusi, sekali gus membolehkan kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















