BERITA SEMASA

Iran zahir penghargaan kepada kerajaan Malaysia – Mohamad Sabu 

KUALA LUMPUR – Malaysia terus menerima penghormatan dan penghargaan daripada kerajaan Iran susulan pendirian konsisten negara dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan penghormatan terhadap kedaulatan sesebuah negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau berpeluang mengadakan pertemuan dengan Pemangku Menteri Pertahanan dan Logistik Iran, Brigadier General Seyyed Majid Ebn-e-Reza sempena lawatan rasmi ke negara itu.

Menurut beliau, dalam pertemuan tersebut, wakil kerajaan Iran menzahirkan penghargaan terhadap pendirian Malaysia yang sentiasa konsisten menyokong keamanan, keadilan serta menghormati kedaulatan setiap negara.

“Beliau turut menyatakan penghargaan terhadap pendirian Malaysia yang sentiasa berpegang kepada prinsip keamanan dan keadilan dalam hubungan antarabangsa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mohamad berkata, beliau turut berkongsi pandangan bahawa situasi yang berlaku di republik itu bukan sahaja melibatkan kepentingan sebuah negara, malah turut menyentuh maruah dan kepentingan umat Islam di seluruh dunia.

Menurutnya, usaha untuk menegakkan keamanan, keadilan dan sikap saling menghormati perlu terus diperkukuhkan melalui dialog serta hubungan diplomatik yang baik antara negara.

“Insya-Allah, saya berharap hubungan persahabatan antara Malaysia dan Republik Islam Iran akan terus diperkukuh demi keamanan, kestabilan serantau dan kesejahteraan bersama,” katanya.

Terdahulu, Mohamad mengetuai delegasi kerajaan Malaysia memberi penghormatan terakhir dalam upacara pengebumian bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang meninggal dunia akibat serangan tentera Israel dan Amerika Syarikat pada Februari lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button