BERITA SEMASA

Insentif pengecualian bayaran balik PTPTN bagi graduan kelas pertama kekal

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menegaskan dasar pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama masih berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik.

Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, insentif itu diberikan kepada peminjam yang bergraduan mulai 2019 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama daripada institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf tanpa mengira latar belakang ekonomi, kaum atau agama.

“PTPTN sentiasa komited memastikan proses permohonan insentif ini dilaksanakan secara telus, efisien dan adil demi menjaga kebajikan peminjam serta menyokong aspirasi pendidikan tinggi negara,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau turut mengingatkan agar semua pihak tidak mempolitikkan isu pendidikan sebaliknya menghormati dasar sedia ada yang memberi manfaat kepada graduan cemerlang.

“Fokus utama kita adalah memastikan pendidikan kekal sebagai medan pembangunan insan, bukan polemik politik,” katanya.

Graduan yang menepati syarat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui aplikasi web myPTPTN di pautan https://myptptn.ptptn.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button