BERITA SEMASA

IKEA Cheras mohon maaf, sahkan Restoran Sweden ditutup sementara

KUALA LUMPUR – IKEA Malaysia mengumumkan Restoran Sweden di IKEA Cheras ditutup sementara bermula semalam bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan demi memastikan standard kebersihan yang tinggi terus dipatuhi.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan langkah berkenaan diambil bagi memastikan operasi restoran berkenaan terus memenuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh IKEA serta pihak berkuasa kesihatan Malaysia.

“IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan susulan penutupan sementara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu katanya, walaupun Restoran Sweden di IKEA Cheras tidak beroperasi buat sementara waktu, pelanggan masih boleh mendapatkan makanan dan minuman di kafe serta bistro IKEA yang kekal beroperasi, termasuk di cawangan IKEA Cheras.

Pada masa sama katanya, pelanggan juga boleh terus menikmati hidangan di Restoran Sweden yang beroperasi di cawangan IKEA Damansara, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan.

Ikea
Notis tular penutupan restoran itu selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

IKEA Malaysia turut merakamkan penghargaan atas kesabaran dan pemahaman pelanggan sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan dijalankan dan berharap dapat menyambut semula kehadiran pelanggan dalam masa terdekat.

Terdahulu tular notis penutupan restoran itu selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button