JENAYAH & MAHKAMAHBERITA SEMASA

Identiti mayat di ladang sawit disahkan sebagai Nur Farah Kartini

SUNGAI BULOH – Mayat yang ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor pada Selasa lalu disahkan sebagai Nur Farah Kartini Abdullah yang hilang selepas menghantar kereta sewa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengesahan identiti mangsa dilakukan berdasarkan keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh hari ini.

“DNA positif, mayat adalah Nur Farah Kartini. Mayat akan diserahkan kepada keluarga hari ini,” katanya seperti laporan Harian Metro.

Beberapa ahli keluarga Allahyarham Nur Farah kelihatan di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada pukul 11.12 pagi tadi.

Turut kelihatan adalah van jenazah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dipercayai akan membawa jenazah arwah untuk dikebumikan.

Abang mangsa, Mohd Farriza Amir memberitahu jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan.

“Butiran berkaitan akan saya sampaikan nanti,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa jenazah bekas penuntut Universiti Sultan Idris (UPSI) itu tidak boleh dituntut oleh waris kerana perlu menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil daripada ahli keluarganya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button