Ibu, bayi 8 bulan maut dalam kemalangan di Jeli
Ibu, bayi 8 bulan maut dalam kemalangan di Jeli
JELI – Perjalanan sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang wanita bersama bayinya berusia lapan bulan maut, manakala lima lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran sempadan Perak, hari ini.
Kemalangan kira-kira pukul 3 petang itu melibatkan kereta jenis Perodua Alza yang dipercayai dalam perjalanan dari Perak menuju ke Kelantan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.24 petang sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 33 minit kemudian.
“Setibanya kami di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta dengan beberapa mangsa tersepit.
“Seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi menyelamat ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Menurut beliau, dua mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk tindakan lanjut, manakala lima yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.
Sementara itu, pemandu lori yang terlibat dalam insiden berkenaan dilaporkan selamat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








