BERITA SEMASA

Hutan seluas 1.2 hektar di Kajang terbakar

KAJANG – Pasukan bomba kini sedang bertungkus lumus bagi memadam kebakaran di kawasan hutan seluas 1.2 hektar di Jalan KP 1/3 Kajang Prima, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.36 malam tadi.

Katanya, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Semenyih, BBP Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba jam 7.51 malam.

“Kebakaran membabitkan hutan berkeluasan 1.2 hektar dan berlaku tompokan di sekitar kawasan bukit.

“Anggota masih melakukan pemadaman di sekitar kawasan. Tiada mangsa yang dilaporkan terbabit,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hutan di Kajang terbakar malam ini.

Berikutan itu katanya, anggota bertugas membuat fire break supaya api tidak merebak ke kawasan lain dengan menggunakan alat pemerap api.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button