
GAZA CITY – Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin sudah dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera rejim zionis, semalam.
Hospital tersebut merupakan satu-satunya pusat rawatan khusus kanser di Tebing Gaza, dibina menerusi dana sumbangan Turkiye dan dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan itu sambil menyatakan serangan ke atas infrastruktur perubatan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Kementerian Luar Negeri Turkiye turut mengutuk tindakan itu dengan keras, menyifatkannya sebagai sebahagian daripada dasar yang lebih luas untuk menjadikan Gaza tidak dapat didiami.
Human Rights Watch melaporkan bahawa serangan sebegini memburukkan lagi krisis kesihatan di Gaza dan mungkin merupakan tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Sementara itu, tentera rejim zionis mengesahkan anggotanya memusnahkan hospital tersebut kerana ia digunakan sebagai ‘pusat operasi pejuang Hamas’, lapor Time of Israel.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








