BERITA SEMASA

Harga sayur naik hingga 40 peratus

Cuaca panas sebabkan populasi serangga perosak meningkat

CYBERJAYA – Kenaikan harga sayur-sayuran sehingga 40 peratus ketika ini adalah disebabkan cuaca panas yang menyebabkan populasi serangga perosak meningkat dan mengakibatkan hasil pengeluaran menurun.

Cuaca panas meningkatkan kadar pembiakan serangga perosak pemakan daun seperti ulat tentera dan penggerek daun, serta kumbang.

Lazimnya, 90 peratus daripada tanaman yang dituai di ladang adalah dalam kualiti Gred A, dengan daun sayuran menunjukkan kerosakan yang sangat sedikit .

Walau bagaimanapun, akibat serangga perosak, kadar penuaian telah menurun kepada 70 peratus.

“Kami tidak akan menjual sayur-sayuran itu jika terlalu banyak telah dimakan oleh perosak,” kata pengurus ladang Pek Ong and Sons Nurseries kepada portal FMT.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt berkata harga baby pak choy telah meningkat sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus.

Sebelum gelombang panas, baby pak choy dijual antara RM2 hingga RM3 sekilogram.

“Harga pasaran semasa bagi baby pak choy berkualiti tinggi meningkat antara RM5 dan RM6 sekilogram, manakala yang daunnya dimakan serangga perosak dijual antara RM3 dan RM3.50,” katanya.

Wong berkata petani sayur juga terpaksa menanggung lebih banyak kos untuk menyiram tanaman mereka lebih kerap semasa gelombang panas bagi mengelakkan sayur-sayuran layu.

Cuaca panas dijangka berlarutan sehingga Ogos.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button