SUKAN

Hannah Yeoh ucap tahniah kejayaan atlet wushu raih 14 emas, 8 perak

KUALA LUMPUR – Pasukan wushu negara berjaya mengharumkan nama negara selepas menang 14 pingat emas dan lapan perak dalam Kejohanan Wushu ASEAN-China di Nantong, China.

Lebih membanggakan apabila pasukan negara menduduki tangga pertama pada kejohanan yang pertama kali diadakan itu.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan negara.

“Bangga dengan kejayaan atlet wushu,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya.

Kejohanan sulung itu diadakan di Universiti Nantong bagi memantapkan lagi diplomasi sukan antara 10 negara ASEAN dan memberi peluang kepada atlet wushu untuk mengembangkan kemahiran mereka.

Atlet wushu yang terlibat ialah Clement Ting Su Wei, Lee Ron, Mok Xiao Yuan, Muhammad Danish Aizad, Si Shin Peng, Tan Zhi Yan, dan Wong Zi Hong untuk kategori lelaki.

Untuk kategori wanita, kita ada Lee Jia Rong, Tan Cheong Min, Mandy Cebelle Chen, Sydney Chin, Kwan Yong Xin, dan Pang Pui Yee.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button