BERITA SEMASA

Guru layak mohon pertukaran selepas dua tahun

KUCHING – Golongan guru kini dibenarkan membuat permohonan pertukaran selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat.

Ini antara berita gembira buat warga pendidik sempena sambutan Hari Guru Ke-54 yang diraikan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Berita baik itu antara enam inisiatif baharu diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika berucap pada majlis sambutan berkenaan yang dihadiri kira-kira 5,000 guru.

Selain itu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengumumkan penyediaan seramai 1,470 orang personel MyPg iaitu pembantu guru bagi tahun ini dan sekolah terpilih berdasarkan kriteria ditetapkan akan menerima dua pembantu guru terbabit.

Bagi inisiatif ketiga, seramai 32 guru dalam kalangan penerima Anugerah IKON, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Anugerah Guru Berwibawa sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan bakal melalui pengalaman bertugas di sekolah antarabangsa di United Kingdom secara percuma di bawah

Inisiatif keempat, KPM akan menghantar guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti program kursus jangka pendek di luar negara untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam beberapa bidang terpilih.

Bagi inisiatif Kelima, diskaun 20 peratus diberi bagi pembelian tiket penerbangan kepada guru ke seluruh destinasi melalui portal MH GoM, manakala inisiatif ke enam ialah pemberian diskaun buku antara 20 hingga 30 peratus bagi pembelian secara dalam talian menggunakan ID DELIMa KPM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button