BERITA SEMASA

Guru kaunseling ‘serbu’ rumah pelajar, pertama kali dalam 18 tahun khidmat

SUNGAI BESAR – “Sepanjang 18 tahun berkhidmat sebagai guru, ini kali pertama saya masuk ke bilik pelajar untuk mengejutkan dia datang ke sekolah.”

Itu luahan Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Abdul Muiez Ruslee di laman Facebook yang berkongsi pengalaman uniknya ketika melawat rumah seorang pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

Abdul Muiez berkongsi kisah tersebut di Facebooknya semalam.

Menurut Abdul Muiez, lawatan itu dilakukan bersama beberapa guru wanita selepas pelajar terbabit beberapa kali tidak hadir ke sekolah tanpa alasan jelas.

Setibanya di rumah pelajar tersebut, mereka disambut mesra oleh ibu bapa pelajar yang memberi kerjasama penuh.

“Sebaik tiba, ibu pelajar memaklumkan anaknya masih tidur. Bapanya pula membuka kunci bilik dan mempelawa kami masuk untuk mengejutkannya,” katanya.

Tiga orang guru wanita terlebih dahulu masuk ke bilik pelajar itu, namun pelajar lelaki berkenaan didapati masih tidak memberikan sebarang reaksi dan berpura-pura tidur.

“Saya sendiri cuba mengejutkannya, tetapi sama juga — dia tetap pura-pura tidur,” tambah Abdul Muiez sambil menyatakan situasi itu sebagai sesuatu yang melucukan dan di luar jangkaan.

Akhirnya, mereka menyerahkan kepada ibu pelajar untuk menangani situasi tersebut.

Dalam nada bersahaja, beliau turut menyatakan bahawa keluarga pelajar tersebut sangat baik, begitu juga dengan abang pelajar berkenaan.

“Cuma anak nombor dua ini nampaknya agak berbeza sedikit,” ujarnya.

Pengalaman itu, walaupun mencabar, mencerminkan keprihatinan pihak sekolah dalam memastikan kehadiran pelajar dan kesejahteraan mereka sentiasa diberi perhatian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button