JENAYAH & MAHKAMAH

Guru GISBH tekan dada guna lutut, rotan murid dipenjara 10 tahun

KLANG – Seorang guru yang menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Noridah Adam.

“Saya mengaku bersalah puan,” katanya dalam nada perlahan sambil menundukkan kepala.

Mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman bermula tarikh tangkapan.

Mengikut tiga pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun, telah menganiaya dengan merotan semua mangsa, yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.

Bagi pertuduhan keempat pula, dia didakwa menganiaya seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dengan menekan dada menggunakan lutut, yang mungkin menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di pusat GISBH Bukit Raja dekat sini antara Jun dan beberapa minggu lalu.

Semua kes dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button