BERITA SEMASADALAM NEGERI

Gempa bumi lemah dikesan di Bukit Kepong, Johor

KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di sekitar Bukit Kepong, Pagoh, Johor pada pukul 8.55 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, kejadian itu direkodkan pada koordinat 2.4 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, kira-kira 16 kilometer barat daya Segamat, dengan kedalaman 10 kilometer.

Menurut MetMalaysia, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor dan Melaka.

Sehubungan itu, orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang kaji selidik yang disediakan menerusi pautan:
https://forms.gle/CyUwHQE9LnyuWaJ37

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button