Gelombang 21 serangan guna peluru berpandu Qadr-H – IRGC
TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan penggunaan peluru berpandu balistik Khyber (Qadr-H) dengan peledak berganda dalam serangan terbaharunya ke atas Israel, hari ini.
Laporan agensi berita IRNA yang memetik kenyataan IRGC menyebut, serangan hari ini turut turut menggabungkan penggunaan dron.
“Gelombang serangan ke-21 hari ini menggunakan peluru berpandu Qadr-H yang digunakan buat kali pertama.
“Serangan hari ini juga menggunakan taktik baharu dan mengejutkan bagi serangan dengan lebih tepat, lebih merosakkan dan lebih berkesan,” menurut kenyataan itu.
Serangan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap “kejahatan berterusan rejim Zionis”.
IRNA turut melaporkan bahawa “sasaran strategik” telah diserang di seluruh “wilayah-wilayah yang diduduki dari utara ke selatan dan tengah rejim Zionis.”
Tiada sebarang laporan kerosakan atau kemalangan jiwa daripada pihak Israel susulan tindakan rejim zionis yang mengetatkan penapisan maklumat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







